Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Arab Saudi telah memecat menteri kewangannya dalam rangka rejim Riyadh untuk membendung krisis ekonomi yang teruk melanda negara monarki mutlak itu.
"Ibrahim Abdulaziz al-Assaf telah digugurkan daripada jawatannya," menurut titah diraja Saudi yang didekrikan oleh Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud. Titah tersebut telah diterbitkan oleh agensi berita rasmi kerajaan, SPA pada Isnin lalu.
Dekri itu menitahkan bahawa Assaf yang memegang jawatan itu sejak 1996 telah digantikan oleh Mohammed Aljadaan yang merupakan ketua Pihak Berkuasa Pasaran Modal yang didakwa mengawal selia pasaran saham di negara tersebut.
Langkah itu diambil ketika Riyadh bergelut dengan krisis ekonomi yang diakibatkan oleh defisit belanjawan yang direkodkan mencecah hampir AS$ 100 bilion. Perkara itu berlaku disebabkan oleh kemerosotan mendadak harga minyak yang merupakan sumber utama negara teluk itu serta peningkatan perbelanjaan ketenteraan Riyadh.
Sejumlah besar daripada dana ketenteraan rejim tersebut disalurkan kepada kempen mereka di Yaman yang menyaksikan lebih 10,200 orang telah terbunuh dan beribu-ribu lagi cedera.
sebelum ini, Arab Saudi juga telah melaksanakan beberapa langkah drastik dalam rangka mengimbangi bajet negara tersebut termasuk membatalkan beberapa jenis bonus yang ditawarkan kepada kakitangan kerajaan dan meningkatkan yuran visa untuk penduduk dan warga asing yang ingin ke negara itu.
Menteri veteran Arab Saudi dipecat.
Arab Saudi Pecat Menteri Kewangan Sebagai Langkah Tangani Krisis Ekonomi.
1 November 2016 - 16:25
News ID: 789209
Arab Saudi telah memecat menteri kewangannya dalam rangka rejim Riyadh untuk membendung krisis ekonomi yang teruk melanda negara monarki mutlak itu.